My Add

Friday 22 February 2013

SME Bank peruntuk RM1 bilion untuk SDS

 *MUSTAPA Mohamed (tiga dari kiri) menyaksikan Pengarah Pusat Pembangunan Usahawan dan Penyelidikan, Sheikh Ghazali Sheikh Abod (duduk, kiri) dan Ketua Negara Intel Malaysia, Prakash Mallya (duduk, kanan) memeterai perjanjian di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) memperuntukan RM1 bilion bagi Skim Pembangunan SME (SDS) yang memberi sokongan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Skim berkenaan disasarkan untuk membantu pertumbuhan PKS yang memberi fokus pada sektor dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Projek Permulaan (EPP) dan sektor di bawah sokongan kerajaan seperti teknologi hijau.

“SDS terbuka pada perniagaan yang dimiliki oleh warganegara ini sama ada baru ditubuhkan atau pun sudah lama beroperasi," kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment