My Add

Wednesday 13 February 2013

Sokongan pengundi Cina kepada BN bertambah - Soi Lek

LABIS, RABU, 13 Februari, 2013: Sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin bertambah berbanding 2008 kerana mereka semakin sedar pentadbiran pakatan pembangkang tidak mampu membela nasib mereka.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pelbagai isu yang gagal mendapat kesepakatan dalam kalangan pemimpin pembangkang sepertia siapa yang akan menjadi perdana menteri sekiranya mereka memerintah telah menyedarkan pengundi.

"Kegagalan pembangkang menunaikan janji di negeri-negeri dikuasai mereka juga menjadi penyebab pengundi Cina bertindak membuat pusingan U dengan kembali menyokong BN," katanya semasa menghadiri Majlis Pertunjukan Kebudayaan Cina di Chaah semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment