My Add

Friday 15 February 2013

SPR didapati berjaya urus pilihan raya dengan baik dan telus

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didapati berjaya mengurus pilihan raya di negara ini dengan baik dan telus.

Ini berdasarkan kajian dilakukan Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk Pandangan Masyarakat Terhadap SPR yang membabitkan 3,756 responden.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata kajian turut mendapati responden juga yakin SPR dapat menguruskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan adil, bersih dan telus.

"Lebih 70 peratus respondan yakin SPR berjaya mengurus pilihan raya selama ini di Malaysia pada tahap tinggi," katanya ketika membentangkan kajian pada Program Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap SPR di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Mansor berkata, majoriti responden akan akur dengan keputusan PRU yang diisytiharkan SPR. - BH

No comments:

Post a Comment