My Add

Saturday 16 February 2013

Stok minyak sawit dijangka terus turun

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Stok minyak sawit yang susut 1.9 peratus bulan lepas dijangka meneruskan aliran menurunnya pada minggu-minggu akan datang, dirangsang oleh permintaan eksport yang tinggi, kata syarikat penyelidik pasaran komoditi Rabobank Agri.

"Kami percaya penurunan akan berterusan berdasarkan kepada unjuran harga suku pertama 2013 pada RM2,400 setan metrik.

"Bagaimanapun, kami tidak menjangka ia akan mengurangkan stok di bawah purata lima tahun. Kami menjangka harga tahun ini kekal rendah," kata Rabobank dalam satu laporan penyelidikan.

Katanya, pengeluaran minyak sawit yang perlahan, harganya yang rendah dan pengurangan bekalan minyak sayuran dijangka meningkatkan harganya dalam suku kedua tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment