My Add

Thursday 21 February 2013

'Tahniah Anwar perlekeh Hadi, Nik Aziz'

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi ucapan tahniah kerana berjaya merendah serta memperlekeh kredibiliti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak dua kali dalam isu kalimah Allah.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kali pertama Presiden Pas dan Mursyidul Amnya diaibkan ialah pada 8 Januari lalu sebelum diikuti dengan pendedahan video ucapan Ketua Pembangkang bertarikh 10 Februari.

Menurut Muhammad Zahid, beiau melihat tindakan Anwar itu sebagai suatu penghinaan kepada Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz kerana selepas 'terperangkap' dengan permainan politik pada 8 Januari lalu, ilmu agama pemimpin Pas itu pula diperlekeh Ketua Pembangkang.

Sehubungan itu, beliau mencabar Dewan Pemuda Pas Pusat menunjuk dan membuktikan ketaatan mereka kepada pucuk pimpinan parti dengan mengadakan demonsUSANtrasi membantah tindakan Anwar sebagaimana dilakukan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment