My Add

Tuesday 12 February 2013

Tentera AS yang tembak Osama cerita hari kejadian

WASHINGTON, SELASA, 12 Februar, 2013: Anggota tentera laut Amerika Syarikat yang menembak mati Osama bin Laden akhirnya tampil menceritakan malam kejadian tiga tembakan yang dilepaskannya sehingga membunuh ketua Al-Qaeda itu serta kehidupannya sebagai orang biasa yang kini berdepan masalah kewangan.

Dalam temu bual dengan majalah Esquire, anggota komando AS SEAL yang masih merahsiakan identitinya itu mendedahkan peranannya pada Mei 2011 ketika serbuan kali pertama serta kebimbangannya mengenai keselamatan keluarga berikutan tindakannya itu.

“Dia (Osama) kelihatan bercelaru. Dan dia (saiz) lebih tinggi daripada yang saya sangka," katanya merujuk kepada Osama.

Katanya, sebaik pasukan komandi memasuki tingkat tiga bangunan yang gelap di tempat persembunyian Osama di pekan Abbottabad di Pakistan, ketua Al-Qaeda itu sedang meletakkan kedua tangannya di bahu isteri mudanya.

"Dia memusingkan isterinya itu dan ketika itu terdapat senapang AK-47 berhampiannya.

“Saya tidak tahu isterinya memakai jaket kalis peluru dan dia (Osama) dan pantas memusingkannya seolah-olah mereka ingin mengorbankan kedua-dua nyawa mereka (mati syahid).

"Dia boleh mengambil senapang kerana jaraknya yang boleh dicapai. Dia memberi ancaman. Saya perlu melepaskan peluru di kepalanya supaya dia tidak dapat bertindak memembak diri sendiri," kata komando itu.
“Pada saat itu, saya tembaknya, dua kali di kepala. Bap! Bap! dan selepas itu dia rebah.

"Dia rebah di lantai di depan katilnya dan saya tembak sekali lagi di tempat sama. “Dia terus mati. Tidak bergerak lagi. Lidahnya terkeluar." katanya.

Artikel Esquire yang merujuk komando berkenaan sebagai 'Si Penembak' memberi fokus bagaimana seorang yang dianggap hero itu kini menjalani kehidupan tanpa wang pencen.

Komando itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans kesihatan dan perlindungan lain kepada keluarganya. - AFP
 

No comments:

Post a Comment