My Add

Thursday 14 February 2013

Tentera Perancis matikan bom 600 kilogram


*SEBUAH jentera digunakan untuk mengangkut tong-tong itu.

GAO, RABU, 13 Februari, 2013: Askar-askar Perancis mematikan bom buatan sendiri yang berisi 600 kilogram bahan letupan di pusat bandar ini, utara Mali semalam.

Bandar ini telah menjadi sasaran serangan pemberontak-pemberontak Islam sejak beberapa hari lalu.

Seorang wartawan agensi berita AFP melaporkan bom yang diperbuat daripada empat tong berisi bahan letupan dan wayar itu ditemui di halaman sebuah rumah usang bersama sejumlah katrij serta bom kecil di dalam kediaman tersebut.

Menurutnya, bom itu mungkin berada di lokasi tersebut sejak Isnin lalu.

Lokasi berkenaan terletak berhampiran sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan wartawan-wartawan asing.

Sejak beberapa hari lalu, bandar ini telah beberapa kali diserang dengan kumpulan Gerakan Tauhid dan Jihad di Afrika Barat yang kemudian menawannya selepas rampasan kuasa pihak tentera berlaku pada Mac tahun lalu.

Kumpulan itu kemudian diusir oleh tentera Perancis akhir bulan lalu.- AFP

No comments:

Post a Comment