My Add

Saturday 16 February 2013

Tiada insiden tembak di Lahad Datu

KOTA KINABALU, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya berlaku aksi tembak-menembak di Lahad Datu melibatkan sekumpulan orang yang mahu dikenali sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, keadaan di daerah itu selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan, malah terdapat perkembangan yang amat positif berhubung rundingan yang dilakukan dengan kumpulan tersebut.

Katanya, situasi di kawasan pesisiran Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu itu terkawal dan tiada pihak yang boleh masuk serta keluar ke lokasi kejadian secara bebas.

“Pelbagai andaian telah dibuat oleh orang ramai berhubung kejadian ini tetapi apa yang boleh saya tegaskan bahawa keadaan di sana adalah selamat dan perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment