My Add

Thursday 14 February 2013

Tiada tebusan rakyat tempatan terlibat-Hishammuddin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Kejadian 80 hingga 100 orang asing bersenjata api memasuki Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu disahkan tidak melibatkan tebusan rakyat tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengesahkan perkara itu berkata, pasukan keselamatan iaitu polis dan tentera masih lagi mengadakan rundingan dengan kumpulan tersebut.

“Jangan dengar khabar angin, sekarang sudah tiada lagi masyarakat awam tempatan di kawasan itu, tetapi pasukan keselamatan kita telah mengepung perimeter tersebut," katanya pada sidang akhbar di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment