My Add

Thursday 21 February 2013

Tiada tindas kepada pemandu teksi 

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Airport Limo Sdn. Bhd. membidas kenyataan Presiden Pertubuhan Pemandu Limousin dan Teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ab. Rauf Abdullah yang mendakwa syarikat itu menindas kira-kira 4,000 pemandu teksi dan limousin selama 13 tahun.

Ketua Exco Badan Kebajikan Sosial Airport Limo (M) Sdn. Bhd., Azlan Rais berkata, dakwaan kononnya kebajikan pemandu-pemandu itu tidak dijaga dan ditindas dengan kadar sewa yang tinggi merupakan satu pembohongan dan tuduhan yang tidak berasas.

Menurut beliau, kadar sewa RM153 sehari adalah berpatutan memandangkan jumlah itu merangkumi pelbagai potongan seperti insurans, sistem penyelenggaraan berjadual (SPB), badan kebajikan dan sebagainya.

"Dengan kadar sewa itu, mereka tidak perlu lagi mengeluarkan duit ketika menyelenggara kenderaan, malah jika berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian, waris akan menerima insurans berjumlah RM120,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment