My Add

Thursday 14 February 2013

Tidak mustahil BR1M dinaikkan sehingga RM1,000 - TPM

 *MUHYIDDIN ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi DUN Bukit Serampang, di Dewan Awam Felda Sri Jaya, di Ledang, Johor hari ini. - UTUSAN

LEDANG, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan bahawa tidak mustahil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada masa akan datang bertambah jumlahnya daripada RM500 kepada RM1,000.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah tersebut bukan satu masalah selagi Barisan Nasional (BN) terus diberi kuasa dan mandat oleh rakyat untuk terus memerintah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M 2.0 kepada masyarakat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di Dewan Awam Felda Sri Jaya dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment