My Add

Monday 11 February 2013

Tiga doktor Korea Selatan maut dalam serangan di Nigeria

KANO, ISNIN, 11 Februari, 2013: Tiga doktor warga Korea Selatan dibunuh dalam satu serangan di timur laut Nigeria semalam.

Menurut pesuruhjaya negeri Yobe, Sanusi Rufa'i, seorang lelaki bersenjatakan pisau dipercayai telah mengelar leher ketiga-tiga doktor tersebut dalam serangan di bandar Potiskum itu.

"Seorang penyerang yang tidak dikenali memasuki kediaman kesemua mangsa dan membunuh mereka," katanya.

Polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment