My Add

Monday 18 February 2013

Tiga Orang Asli maut nahas kereta dan lori ikan

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
KUANTAN, ISNIN, 18 Februari, 2013: Tiga lelaki Orang Asli maut selepas Proton Wira yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori muatan tong ikan di Kilometer 147, Jalan Kuantan-Johor Bharu dekat Rompin semalam.

Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, mereka yang maut ialah pemandu kereta, Roslan Tan, 32, dan dua penumpang, Saidi Daud, 21, serta Mazlan Aman, 18, manakala rakan mereka, Mizar Muda, 19, cedera parah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kesemua mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Muadzam Shah, Rompin menuju ke Johor Bahru. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment