My Add

Thursday 14 February 2013

Timbalan Pengerusi SPR mahu saman Mat Sabu

SHAH ALAM, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan memfailkan saman terhadap Mohamad Sabu ekoran kegagalan Timbalan Presiden Pas itu menjawab tuntutan maaf dalam tempoh tujuh hari bermula 7 Februari lalu.

Tuntutan maaf tersebut dibuat Wan Ahmad berikutan keceluparan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu yang dikatakan memfitnah beliau menerusi artikel bertajuk "Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai" dan "Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan" dalam akhbar Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013.

Wan Ahmad mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di kediamannya di Seksyen 11 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment