My Add

Monday 18 February 2013

Tingkatkan keselamatan laman web elak digodam - KSN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Februari, 2013: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa mengarahkan agar tahap keselamatan laman web rasmi setiap kementerian dipertingkatkan bagi menangkis ancaman penggodam.

Beliau berkata, keadaan masih terkawal walaupun sistem e-Akhbar dan e-Press milik Jabatan Penerangan disyaki telah digodam hari ini.

"Saya percaya ini adalah tindakan pihak tidak bertanggungjawab, bagaimanapun saya percaya kementerian yang bertanggungjawab akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Setakat ini, keadaan adalah terkawal dan kes godam laman web adalah kes terpencil, bagaimanapun, kita mahu langkah keselamatan dipertingkatkan," katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Jabatan Penerangan hari ini menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini.

Penafian tersebut ekoran sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki digodam dengan penyiaran dua kenyataan iaitu 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia' dan `Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment