My Add

Friday 15 February 2013

Tukang paip warga Iran digantung

SHAH ALAM, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Seorang tukang paip warga Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar 367.4 gram syabu yang ditelan dalam bentuk kapsul, dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Ali Soleiman Hassan Zadeh, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakiman, Hakim Noor Azian berkata, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh selepas diperintah membela diri adalah tidak logik.

Beliau berkata, cerita tertuduh mengenai individu yang baru dikenali empat bulan dan mengarahkannya untuk menelan kapsul syabu itu bagi mengelakkan daripada cukai adalah tidak munasabah.

"Sesuatu yang tidak masuk akal, ada orang yang mahu membayar tiketnya yang mahal ke negara ini untuk mengelak cukai,'' kata beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment