My Add

Saturday 9 February 2013

Tumpu 2 benua tingkat dagangan

Oleh Fazrina Ayu Raduian

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Malaysia akan memberi tumpuan kepada negara Afrika, Amerika Selatan dan Amerika Tengah bagi mempertingkatkan dagangannya bermula tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohammed berkata, ini merupakan rancangan peralihan momentum bagi memperkukuhkan pertumbuhan perdagangan negara.

"Ia meliputi merangka pelan perancangan eksport baharu, merangkumi pasaran yang belum diterokai seperti Afrika, Amerika Latin dan Rusia," katanya ketika sidang akhbar selepas taklimat perdagangan 2012 di sini hari ini.

Mustapha berkata, pertumbuhan dagangan di dijangka meningkat antara empat hingga lima peratus pada tahun ini berbanding tiga peratus pada tahun lalu.

"Pertumbuhan dagangan juga dijangka datang dari Korea, China, Jepun dan Asia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment