My Add

Tuesday 19 February 2013

Tuntutan insurans hayat RM6.7b tahun lalu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Februari, 2013: Syarikat-syarikat insurans hayat membayar tuntutan berjumlah RM6.7 bilion pada tahun lalu berbanding RM5.6 bilion pada 2011, peningkatan sebanyak 19 peratus

Menurut kenyataan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), jumlah tersebut meliputi beberapa jenis tuntutan seperti kematian, hilang keupayaan, perubatan serta pembayaran bonus tunai.

Selain itu, RM7.6 bilion turut dibayar atas sebab kematangan polisi dan juga penutupan polisi pada tahun lalu.

Presiden LIAM, Vincent Kwo berkata, pihaknya menggalakkan setiap individu di negara ini mempunyai insurans hayat peribadi dengan mendapatkan nasihat daripada pelbagai syarikat yang menawarkan produk tersebut.

"Khususnya kepada golongan muda, ini kerana mereka boleh menikmati bayaran premium bulanan yang lebih rendah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment