My Add

Friday 8 February 2013

Ucapan hari perayaan haram di Pulau Pinang?

PULAU PINANG, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Ucapan selamat untuk hari perayaan tidak mustahil akan diharamkan di negeri ini jika Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus mengaitkan perbuatan itu dengan unsur politik.

Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Arshad Kassim berkata, beliau hairan dengan sikap Guan Eng yang tidak menunjukkan kematangan sebagai pemimpin tertinggi sebuah kerajaan negeri.

Menurut beliau, Setiausaha Agung DAP itu sepatutnya bersikap terbuka kerana ucapan oleh pemimpin mana-mana parti bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dengan rakyat.

"Kali ini ucapan Selamat Tahun Baharu Cina menjadi mangsa, tidak mustahil akan datang perayaan agama-agama lain pun menerima nasib sama.

"Dia (Guan Eng) ini memang buta sistem urus tadbir kerajaan. Semua perkara nak dipolitikkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan kain rentang dan poster ucapan Selamat Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Arshad kesal dengan perbuatan tersebut yang dianggapnya sebagai biadab.

"Dia sepatutnya menghormati seorang Perdana Menteri yang mahu berkongsi kegembiraan dengan rakyat Pulau Pinang," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment