My Add

Friday 22 February 2013

Ulama Pas didesak adakan muktamar khas singkir Hadi, Nik Aziz

KOTA BHARU, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Wan Ismail Wan Ahmad menggesa ulama parti itu mengadakan muktamar khas bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekiranya ingin memperbetulkan dasar parti.

Beliau berkata, dua pemimpin terbabit perlu disingkir sekiranya ingin mengembalikan Pas kepada landasan perjuangan sebenar.

“Disebabkan dua pemimpin ini banyak ‘kluk klek' (kerenah), Pas telah dilabel sebagai hilang pedoman. Mereka tidak konsisten terutamanya dalam isu kalimah Allah sehingga DAP kian berani mempertikaikan penggunaan kalimah suci itu.

“Sebagai seorang pemimpin, lebih-lebih lagi bila dikatakan pemimpin yang memperjuangkan Islam, mereka mesti tegas, tetapi sebaliknya pula yang ditunjukkan dua pemimpin ini, sebab itu mereka harus disingkirkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment