My Add

Wednesday 13 February 2013

Undi BN sebagai pengajaran kepada parti - Aktivis Pas

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Februari, 2013: Ahli-ahli Pas yang bijak, mempunyai prinsip dan istiqamah dengan perjuangan asal parti perlu mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan kesucian Islam terpelihara dan diperkasa.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, tindakan itu perlu dilakukan sebagai mesej ahli-ahli akar umbi yang mahukan barisan kepimpinan Pas di setiap peringkat ditukar.

Menurutnya, undi protes itu sebagai pengajaran kepada pemimpin Pas.

"Kami mahu barisan kepimpinan Pas tahu tanpa ahli siapalah mereka. Pandangan ahli perlu diambil kira," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang mengingatkan ahli-ahli Pas tidak memberi undi kepada calon parti itu dan rakan sekutunya iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment