My Add

Thursday 14 February 2013

Usaha lagakan Zambry dan tiga menteri kerja sia-sia

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

LARUT, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menasihatkan pihak tertentu yang berusaha memecah-belahkan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) negeri termasuk melaga-lagakan beliau dengan tiga menteri Kabinet dari Perak melupakan niat jahat itu.

Beliau menegaskan, usaha itu tidak akan berjaya kerana hubungannya dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz masih erat malah semakin akrab.

Sambil menyifatkan ketiga-tiga pemimpin itu sebagai 'abang-abang senior' beliau, Zambry berkata, perbuatan tersebut hanyalah taktik pembangkang yang mahu BN Perak kelihatan lemah menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Mereka macam abang-abang saya. Kami bersama sejak dalam Pemuda UMNO lagi, kami dilahirkan dalam 'kilang Pemuda UMNO', berkongsi idealisme serta semangat perjuangan yang sama dan hubungan kami cukup rapat.

“Jadi tidak usahlah hendak cucuk-cucuk, cukup-cukuplah,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan menyerahkan geran hak milik tanah kepada peneroka Felda Ijok sempena lawatan sehari beliau ke Parlimen Larut, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment