My Add

Thursday 14 February 2013

Usaha rundingan dengan kumpulan rakyat selatan Filipina dijalankan: Najib

PAPAR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha rundingan sedang dijalankan dengan sekumpulan 80 hingga 100 orang dari selatan Filipina yang mendarat di Lahad Datu malam Selasa lalu.

Perdana Menteri berkata, rundingan itu perlu bagi membolehkan mereka keluar daripada kepungan dan proses penghantaran sedang dijalankan.

Katanya, keadaan di sana terkawal selepas mereka dikepung pasukan keselamatan negara.

Najib berkata demikian pada sidang media sejurus selepas program Pemimpin Bersama rakyat di pekan ini sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment