My Add

Friday 8 February 2013

Wakil setiap UMNO bahagian yang dipilih pantau kempen PRU-13

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Seorang daripada tujuh wakil setiap bahagian UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu tahun lalu akan di pilih sebagai pemantau kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pemilihan itu bermakna setiap bahagian akan mempunyai seorang pemantau yang melaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin.

Najib berkata, ini bagi memastikan tiada sebarang unsur sabotaj atau cubaan mengkhianati parti berlaku.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, sebentar tadi.

Najib berkata, pemantau itu terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam bahagian. - BH

No comments:

Post a Comment