My Add

Saturday 9 March 2013

10 NGO desak Peguam Negara siasat pembabitan pemimpin pembangkang

SERDANG, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor mendesak pihak berkuasa dan Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan rasmi terhadap dakwaan media rasmi Filipina behubung pembabitan pemimpin pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Ketua Penerangan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Ramli Simbok, berkata siasatan ini penting bagi menidakkan dakwaan pakatan pembangkang bahawa pencerobohan berkenaan sandiwara kerajaan Barisan Nasional.

"Dakwaan itu antara lain menyatakan bahawa kerjaan BN cuba mengalih pandangan rakyat Sabah dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya selepas membuat laporan polis berkaitan isu ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, hari ini.

Selain itu, laporan polis berkenaan turut mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berikutan memperlekehkan tindakan pasukan keselamatan dalam mempertahankan keamanan di sempadan negara.

Ramli berkata, tuduhan liar Tian Chua itu seolah-olah mempersendakan anggota polis yang terkorban tanpa mengambil kira sensitivi balu dan ahli keluarga mereka.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap pemimpin kanan PKR itu yang dengan sengaja memperlekehkan keilhlasan anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya.

Antara NGO yang hadir adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS). - BH

No comments:

Post a Comment