My Add

Tuesday 19 March 2013


10 terbunuh dalam letupan bom kereta di Somalia

MOGADISHU, SELASA, 19 Mac, 2013: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh selepas seorang penyerang berani mati meletupkan bom kereta berhampiran istana presiden di ibu negara Somalia di sini semalam, serangan yang dipercayai menyasarkan pegawai kanan kerajaan.

Penyerang berani mati itu meletupkan bahan letupan itu semasa memandu di sebuah persiaran yang menghubungkan istana dan teater kebangsaan yang turut mengakibatkan sebuah bas mini terbakar.

"Penyerang bom berani mati itu menyasarkan kereta seorang pegawai kanan keselamatan kebangsaan yang melalui kawasan kejadian dengan kebanyakan mangsa yang terbunuh merupakan penumpang bas mini,’’ kata jurucakap polis, Abdiqadir Mohamud. - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment