My Add

Monday 4 March 2013

100 petani berhimpun desak kerajaan negeri

 *SEBAHAGIAN daripada 100 petani yang mengadakan perhimpunan aman bagi
 mendesak agensi-agensi di bawah kerajaan negeri menyelesaikan masalah
 mereka di Kampung Sungai Emas, Kubang Jambu, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI, AHAD, 03 Mac, 2013: Kira-kira 100 petani dari beberapa kampung di Kota Kuala Muda berhimpun secara aman di kawasan sawah bersebelahan Kampung Sungai Emas dan Kubang Jambu di sini hari ini, bagi mendesak agensi-agensi di bawah kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka.

Mereka berkata, pihak tersebut bukan sahaja tidak turun padang malah tidak mengambil berat masalah padi masak yang tidak boleh dituai hingga menyebabkan kerugian kepada pesawah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Sintuk Bugis, Mohammad Daud Ariffin, 48, berkata, ketika ini jentuai tidak boleh turun ke bendang kerana sawah masih digenangi air. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment