My Add

Saturday 23 March 2013

100 syarikat batal pelaburan ekoran kemelut air

SHAH ALAM, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Lebih 100 syarikat yang menyediakan hampir 25,000 peluang pekerjaan terpaksa menarik diri daripada melabur di Selangor, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim di sini hari ini.

Katanya, ia berikutan kemelut bekalan air yang berpunca daripada dasar tiada kerjasama kerajaan negeri dengan syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu.

Beliau berkata, dasar kerajaan negeri yang mahu menggagalkan operasi syarikat-syarikat berkenaan telah menyebabkan tiada jaminan bekalan air yang mencukupi lalu mendorong syarikat pelabur membatalkan hasrat mereka melabur di Selangor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment