My Add

Wednesday 6 March 2013

1,000 solat hajat di Masjid Putra

*SEBAHAGIAN jemaah mengaminkan doa selepas solat hajat yang diimamkan
 oleh Abdul Manaf Mat di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA, SELASA, 05 Mac, 2013: Kira-kira 1,000 orang menunaikan solat hajat di Masjid Putra di sini malam ini bagi memohon agar semua anggota keselamatan yang mempertahankan negara daripada ancaman pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah dilindungi Allah SWT.

Solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat itu dilangsungkan selepas solat Isya dalam suasana penuh khusyuk dan tawaduk disudahi dengan doa agar hati umat Islam disatukan serta negara Malaysia diselamatkan dari sebarang bencana.

Turut dipohon agar semua roh pahlawan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan itu dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Bacaan Yaasin turut dibacakan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir; Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat; bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin dan Imam Besar Masjid Mizan, Hazarudin Baharudin antara yang hadir menunaikan solat hajat itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment