My Add

Wednesday 6 March 2013

12 mayat anggota pengganas Sulu ditemukan
 
 *AHMAD Zahid Hamidi menunjukkan gambar mayat-mayat pengganas Sulu yang
 ditemukan di dalam sebuah lubang ketika operasi pembersihan dan penggeledahan
di Kampung Tanduo, Lahad Datu hari ini. - UTUSAN

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
LAHAD DATU, RABU, 06 Mac, 2013: Pihak keselamatan hari ini menemukan 12 mayat pengganas Sulu ketika membersih dan menggeledah sejurus selepas serangan besar-besaran di Kampung Tanduo, di sini semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar bersama berkata, setakat ini sebanyak 13 pengganas disahkan terbunuh di kampung tersebut, termasuk seorang ditembak mati pagi ini.

Pada sidang media itu turut didedahkan gambar-gambar anggota pengganas terbabit untuk tatapan pihak media. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment