My Add

Monday 11 March 2013

126 pelarian Rohingya ditemui lesu

 *ANGGOTA Maritim Malaysia memberikan makanan kepada pelarian Rohingya
 yang ditemui 2.5 Batu Nautika dari Muka Head Teluk Bahang , Pulau Pinang,
semalam. - UTUSAN/Malinda Abdul Malik

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG, AHAD, 10 Mac, 2013: Seramai 126 pelarian Rohingya ditemui berkeliaran dalam keadaan lesu di pantai di Teluk Bahang selepas bot kargo yang mereka naiki mengalami kebocoran di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muka Head di sini.

Mereka terdiri daripada 51 orang lelaki, 35 wanita dan 40 kanak-kanak serta bayi berusia dua bulan dijumpai pada kira-kira pukul 2 petang semalam oleh sekumpulan nelayan.

Ketika ditemui, kesemua mereka berada dalam keadaan lemah berikutan sudah tiga hari terputus bekalan makanan dan minuman.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim, Tan Kok Kwee berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah kapal kargo yang telah diubah suai dalam keadaan mencurigakan di perairan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment