My Add

Tuesday 5 March 2013

14,000 dijangka hadir himpunan perdana ulama, umara esok

PUTRAJAYA, ISNIN, 04 Mac, 2013: Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil esok dijangka dihadiri 14,000 peserta dari sekitar Wilayah Persekutuan, menjadikannya perhimpunan ulama-umara terbesar pernah dianjurkan.

Pengerusi Sekretariat Ulama-Umara yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, perhimpunan itu akan disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kehadiran peserta mungkin lebih daripada anggaran kerana perhimpunan ini menjadi platform terbaik bagi rakyat melihat komitmen kerajaan dalam memartabatkan agenda Islam di negara ini, katanya di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas Seminar Ulama-Umara di Bangunan Perdana Putra berkata, perhimpunan esok juga akan dijadikan landasan untuk mengetengahkan isu nasional berkaitan agama yang akan dibawa kerajaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Antara program yang diatur bagi mengisi perhimpunan bertema "Memakmur Negara Mengislah Ummah" itu ialah pelancaran Skim Khairat Nasional dan pelancaran van "Jejak Asnaf", katanya.

Beliau berkata, selain itu, 11 resolusi yang diputuskan pada seminar hari ini juga akan diserah kepada kerajaan pada perhimpunan esok untuk diperhalusi dan diaplikasi dalam sistem pentadbiran negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment