My Add

Monday 4 March 2013

150 bekas ahli Pas dan PKR sertai BN Kapar

 *ABDUL Rahman Palil (tiga dari kanan) menerima borang keahlian MIC daripada
 S. Arevanathan dalam majlis penyerahan borang keahlian MIC oleh bekas ahli
PKR di Flat Seri Perantau, Klang, Selangor, semalam.

KLANG, AHAD, 03 Mac, 2013: Sebanyak 150 orang bekas ahli Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Kapar dekat sini, menyertai Barisan Nasional (BN) yang dianggap mereka lebih berwibawa dalam mentadbir negara.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, penyertaan kesemua mereka disebabkan kesedaran selepas melihat kepincangan pemerintahan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.

"Hari ini kita menerima permohonan keahlian UMNO sebanyak 80 orang. Sebanyak 40 orang merupakan ahli Pas dan 40 lagi dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ini merupakan sebahagian daripada kejayaan Program Jom Masuk UMNO yang dilancarkan sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment