My Add

Monday 4 March 2013

15,000 rakyat hadiri perhimpunan Perkasa

BAGAN SERAI, AHAD, 03 Mac, 2013: Program Perhimpunan Rakyat bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini mendapat sambutan hebat dengan kehadiran lebih 15,000 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan rakyat dari seluruh negeri ini.

Mereka yang hadir bukan hanya dalam kalangan orang Melayu malah kaum-kaum lain termasuk Cina dan India yang mahu melihat dan mendengar amanat disampaikan bekas Perdana Menteri negara itu.

Keadaan itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Perkasa merupakan sebuah pertubuhan rasis kerana sering memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Sambutan luar biasa itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada pembangkang yang menganggap kerusi Parlimen Bagan Serai termasuk tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Selinsing, Semanggol dan Alor Pongsu sebagai kubu kuat mereka.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, sambutan terhadap program tersebut amat luar biasa sehingga 10,000 kerusi yang disediakan di bawah khemah tidak mencukupi untuk menampung bilangan yang hadir.

"Perhimpunan ini agak luar biasa kerana kehadiran lebih 15,000 orang. Sebanyak 10,000 kerusi yang disediakan tidak cukup dan paling membanggakan, ini merupakan perhimpunan rakyat berbilang kaum.

"Ini merupakan kali pertama perhimpunan Perkasa disertai pelbagai kaum dan (Tun Dr.) Mahathir disambut dengan tarian naga masyarakat Cina dan tarian tradisional masyarakat India," katanya dalam perhimpunan tersebut yang turut dihadiri Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Dalam ucapannya, Ibrahim menempelak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dengan haiwan.

Sedangkan, dalam masa sama, kata beliau, Menteri Besar Kelantan itu mengakui memberikan duit kepada rakyat Kelantan untuk menghadiri perhimpunan Bersih. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment