My Add

Wednesday 13 March 2013

200 penduduk bantah kenyataan biadab Tian Chua

PASIR PUTEH, RABU, 13 Mac, 2013: Seramai 200 penduduk pekan Cherang Ruku yang mewakili 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataan biadabnya mengenai pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Mereka turut berpiket secara aman dan membakar gambar Ahli Parlimen Batu itu sebagai tanda kemaharan terhadap kenyataan biadab beliau.

Laporan polis itu dibuat pada pukul 4.30 petang ini diketuai Pengerusi Kawasan Rukun Tentangga (KRT) Cherang Ruku, Wan Abdul Aziz Wan Noh.

Wan Abdul Aziz ketika ditemui berkata, laporan polis itu dibuat atas dasar pemuafakatan penduduk untuk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PKR terbabit yang tidak mempunyai semangat patriotisme.

"Sekiranya dia (Tian Chua) menghargai kedaulatan dan keamanan negara kenyataan biadap berunsur hasutan dan ada sentimen politik tidak akan dimanipulasi olehnya," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment