My Add

Friday 8 March 2013

200 surirumah adakan demonstrasi desak PKR Selangor tunai janji

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
PETALING JAYA, JUMAATM, 08 Mac, 2013: Hampir 200 suri rumah hari ini berkumpul dan mengadakan demonstrasi aman di Kampung Medan di sini bagi menuntut manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang dijanjikan lima tahun lalu ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Ini termasuk pemberian elaun khas kepada golongan itu untuk menjaga anak-anak kecil seperti dijanjikan oleh kerajaan Selangor semasa PRU-12 lalu yang masih belum ditunaikan.

Menurut Ketua Sekretariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Zubir Zainuddin, demonstrasi itu merupakan suara hati wanita negeri ini yang berasa ditipu dengan janji-janji PKR Selangor.

"Setiap PRU kita mahu melihat manifesto menarik yang boleh menjanjikan sesuatu untuk rakyat tetapi setiap janji yang dilaungkan harus ditunaikan.

"Manifesto PKR Selangor sememangnya tidak boleh dipercayai kerana 90 peratus daripada janji lalu gagal dimanfaatkan rakyat," katanya ketika ditemui di Kampung Medan, PJS 2 di sini hari ini.

Justeru, kata Zubir, manifesto PKR yang baharu tidak boleh dipercayai dan meminta agar rakyat menilai sendiri berdasarkan lima tahun parti tersebut memerintah Selangor.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Penyatuan Surirumah Selangor, Munaliza Hamzah, berkata, pelbagai janji yang ditaburkan PKR Selangor khususnya kepada wanita negeri ini hanyalah bertujuan untuk meraih undi semata-mata.

"Pada 2008 mereka menipu kita dengan mengatakan akan memberi elaun kepada suri rumah tetapi sehingga kini, tiada apa yang kita perolehi.

"Malah mereka juga gagal memberi peruntukan RM1,000 kepada pelajar anak Selangor sehingga saya didatangi seorang pelajar yang menuntut janji itu.

"Perkara itu juga gagal diberi perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Mohamed Talha selama ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment