My Add

Sunday 10 March 2013

21 anggota pasukan pengaman PBB dibebas

 *TIGA anggota pasukan pengaman PBB dari Filipina yang dijadikan
 tebusan oleh pemberontak Syria di Golan. - AGENSI

DAMSYIK, SABTU, 09 Mac, 2013: Sebanyak 21 anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Filipina yang ditawan oleh pemberontak Syria di Golan, dijangka dibebaskan, hari ini ketika gencatan senjata selama dua jam antara pemberontak dan tentera dilaksanakan.

Pengarah Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, satu perjanjian telah dicapai antara kerajaan Syria dan PBB bagi menghentikan pengeboman antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari hari (4 petang hingga 7 petang waktu Malaysia) ini bagi membolehkan pemindahan 21 anggota pengaman itu dilakukan.

"Delegasi Palang Merah sepatutnya menemani pasukan PBB itu di kawasan tersebut bagi memindahkan anggota pengaman itu," katanya.

Di Filipina, jurucakap tentera berkata, kerajaan negara itu masih berharap anggota Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (UNDOF) itu akan dibebaskan, meskipun bedilan lewat semalam telah menghalang penyerahan lebih awal.

Namun, jurucakap tentera Filipina, Kolonel Randolph Cabangbang, hari ini berkata, bedilan telah berhenti dan tentera serta pemberontak Syria menyambung semula penyelarasan pembebasan pasukan pengaman itu.

Insiden tebusan itu bermula pada Rabu lalu selepas briged Yarmuk Syahid mendakwa menahan pasukan itu dan menuntut tentera kerajaan Syria keluar dari kawasan Jamla di timur garisan gencatan senjata dengan Israel. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment