My Add

Friday 15 March 2013

24 maut pejabat Kementerian Keadilan Iraq diserang

BAGHDAD, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Kementerian Keadilan Iraq digegarkan dengan beberapa siri letupan oleh sekumpulan penyerang semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera.

Polis Iraq berkata, pertempuran itu berlarutan hampir satu jam sebelum ia berakhir apabila pasukan keselamatan menggempur bangunan dan menembak penyerang.

Serangan tersebut berlaku di bangunan kementerian yang terletak di tengah-tengah kota Baghdad, tidak sampai seminggu sebelum ulang tahun ke-10 pendudukan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq, sekali gus menunjukkan kerapuhan faktor keselamatan di negara ini terhadap serangan pemberontak.

Bagaimanapun, belum ada pihak yang mengaku bertanggung-jawab terhadap serangan tersebut. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment