My Add

Wednesday 6 March 2013

27 penduduk kampung lolos daripada tawanan

LAHAD DATU, SELASA, 05 Mac, 2013: Serangan besar-besaran pasukan keselamatan terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo hari ini memberi kesempatan kepada 27 orang penduduk Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian yang sebelum ini ditawan untuk meloloskan diri.

Seorang pemimpin Kampung Lok Buani yang bertanggungjawab mengumpulkan penduduk berkenaan berkata, berdasarkan kepada maklumat pada masa ini hanya tinggal tidak kurang 10 penduduk kampung yang masih belum dikenal pasti kedudukan mereka.

"Kesemua mereka telah melarikan diri melalui jalan sawit ke kampung Lok Buani selepas kejadian apabila pasukan penceroboh bertindak berkumpul di satu kawasan.

"Pada masa ini kita masih menunggu penduduk kampung berkenaan yang mungkin dalam perjalanan ke sini untuk menyelamatkan diri," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment