My Add

Friday 8 March 2013

27,000 jalani saringan kesihatan percuma PERKESO

MELAKA, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Kira-kira 27,000 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjalani saringan kesihatan percuma sejak skim berkenaan dilaksanakan Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk K. Selvarajah, berkata melalui skim berkenaan, pencarum berumur 40 tahun ke atas layak menjalani ujian saringan kesihatan percuma bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan masalah jantung.

"Melalui program itu, seramai 1.9 juta pencarum Perkeso layak menjalani ujian saringan kesihatan percuma ini," katanya selepas menghadiri program seranta bersama pemimpin masyarakat anjuran PERKESO Melaka di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment