My Add

Saturday 23 March 2013

3 aktivis SMM ditahan cuba masuk kompleks RTM

JAMILAH HAMZAH
SHAH ALAM, JUAAT, 22 Mac, 2013: Tiga mahasiswa yang menuntut Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan platform untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan polis hari ini.

Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Shukri Kamaruddin berkata mereka ditahan kerana cuba menyusup ke kawasan tersebut untuk berjumpa dengan Ketua Pengarah Penyiaran.

Menurutnya, ketiga mahasiswa itu dibawa ke balai polis dengan digari.

"Mereka ditahan kerana cubaan menyusup masuk ke RTM untuk bertemu dengan ketua pengarah.

"Mereka ditahan selepas lima minit kami beredar dan apabila Safwan mendapat tahu ketua pengarah ada di pejabatnya," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Difahamkan Gabungan Mahasiswa Pilihan Raya Umum Ke-13 (GM13) telah menghantar surat 2 Mac lalu kepada RTM supaya membenarkan pihaknya mengadakan pedebatan dengan Najib.

Bagaimanapun, selepas tiga hari tempoh yang diberikan RTM tetap gagal memberi maklum balas sehingga masuk hari yang ke 21 pada hari ini.

Sementara itu ketiga-tiga mereka dibebaskan tepat jam 8.20 malam tadi.

Pengerusi SMM, Safwan Anang yang juga salah seorang yang ditahan berkata mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Menurutnya, kerjasama yang diberikan oleh mereka menyebabkan soal siat tidak mengambil masa yang lama dan hanya memakan masa empat jam.

Beliau juga berkata, tindakan polis dalam soal siasat pada kali ini menunjukkan sikap profesional.

Mengulas lanjut, Safwan berkata bagaimanapun mereka perlu pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 5 April ini untuk menyemak status yang bakal didakwa.

Safwan juga berkata, hasrat untuk berjumpa dengan Ketua Pengarah RTM akan diteruskan pada Isnin hadapan.

"Kami terpaksa melapor diri di IPD Brickfields pada April depan untuk periksa status di bawah akta dan seksyen mana kami didakwa.

"Kami juga akan terus niat jumpa ketua pengarah pada Isnin depan seperti yang dijanjikan," katanya lagi. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment