My Add

Thursday 7 March 2013

3 hospital terbabit dalam insiden pencerobohan dinaik taraf

Oleh HAMDAN TAWADI
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Kementerian Kesihatan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM4 juta untuk menaik taraf peralatan dan kemudahan di tiga hospital di daerah yang terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tiga hospital terbabit adalah di Lahad Datu, Semporna dan Sandakan.

"Peralatan di ketiga-tiga hospital ini telah dinaik taraf termasuk penyediaan lebih banyak mesin bantuan pernafasan serta peralatan dan kemudahan kecemasan. Kita telah menghantar (peralatan) sejak seminggu lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment