My Add

Sunday 24 March 2013

30 mayat pengganas Kiram dikebumi Isnin ini

LAHAD DATU, SABTU, 23 Mac, 2013: Sejumlah 30 mayat pengganas Kiram yang telah selesai menjalani bedah siasat dan pengumpulan maklumat asid deoksiribonukleik (DNA) akan dikebumikan Isnin ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pengkebumian sementara itu atas faktor-faktor keselamatan.

Katanya, sehingga kini pasukan keselamatan telah mengeluarkan 38 mayat pengganas Kiram dari kawasan zon merah.

"Semalam, kita telah mengeluarkan lapan mayat pengganas dalam operasi penggeledahan dan pembersihan di Kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat di sini," katanya dalam sidang akhbar di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya juga telah mengenal pasti enam mayat pengganas Kiram yang dipercayai berada di kawasan Tanjung Batu tetapi belum dapat dikeluarkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment