My Add

Tuesday 5 March 2013

300 bekas polis berhimpun sokong kerajaan, selar Tian Chua

 *AHLI Yayasan Pengaman Malaysia mengadakan demonstrasi aman bagi membantah tindakan Tian Chua mempersendakan insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara kerajaan di Tugu Negara, Kuala Lumpur semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Mac, 2013: Kira-kira 300 pesara polis berhimpun di hadapan Tugu Negara bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan menangani pencerobohan bersenjata di Sabah selain menyelar kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mendakwa kejadian itu adalah sandiwara kerajaan.

Demonstrasi aman itu diketuai bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia (YPM).

Peserta terdiri daripada pesara komando polis VAT 69, pesara Skuad 69 Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), pesara Cawangan Khas, pesara Pasukan Polis Hutan (PPH), YPM dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment