My Add

Saturday 9 March 2013

300 penduduk bantah Tian Chua, buat laporan polis

Oleh TOREK SULONG
PASIR PUTEH, SABTU, 09 Mac, 2013: Lebih 300 penduduk Selising dekat sini berpiket secara aman hari ini mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataan biadabnya dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Penduduk terbabit diwakili oleh aktivis masyarakat, Hashim Ismail, 58, dan Zulkifli Mat Ali, 56, turut membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci ke atas pemimpin pembangkang itu selain mencari dalang di sebalik insiden berkenaan.

Perhimpunan aman itu turut disertai oleh beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Seni Silat Selising, Kelab Kebudayaan dan Kesenian Tradisional Selising, Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Selising serta Perkumpulan Wira Wati Selising.

Mereka turut membawa sepanduk mengutuk kebiadaban Ahli Parlimen Batu itu yang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan celupar terbabit ketika negara berdepan dengan ancaman kedaulatan.

Hashim ketika ditemui berkata, kedegilan Tian Chua untuk menarik balik tuduhannya menimbulkan kemarahan rakyat kerana insiden berlaku melibatkan kedaulatan negara.

"Kami tidak mahu ada anak watan negara ini bersikap sedemikian, merasakan mereka adalah pejuang dan pembela bangsa sedangkan tindakan itu hanya dilakukan oleh petualang bangsa yang halobakan kuasa," katanya selepas membuat laporan polis hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment