My Add

Wednesday 13 March 2013

3,000 sertai solat hajat untuk pasukan keselamatan di Lahad Datu

Oleh SAHBULAH DARWI
ALOR SETAR SELASA,12 Mac, 2013: Kira-kira 3,000 jemaah Masjid Ar-Rahmah, Taman Wira Mergong, di sini malam ini mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan untuk pasukan polis dan tentera yang bertugas di Lahad Datu, Sabah.

Solat hajat berjemaah anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kota Setar itu diimamkan oleh Imam Masjid Abbad di Mekah, Syeikh Mohamad Sharif Mohamad Imrani.

Ia diadakan selepas solat Maghrib berjemaah dan turut dihadiri oleh Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail.

Beliau berkata, Perkasa turut melancarkan tabung untuk membantu keluarga anggota polis yang gugur semasa bertugas mempertahankan negara daripada diceroboh oleh pengganas Sulu.

"Umat Islam boleh menyumbang kepada tabung itu yang akan diserahkan kepada ketua polis negeri malam ini.

"Ini termasuk sumbangan berjumlah RM63,000 daripada syarikat korporat," katanya selepas solat hajat tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment