My Add

Monday 11 March 2013

33 warga asing, 4 wanita diberkas disyaki beri perlindungan pengganas Sulu

 *ANGGOTA Unit Tindakan Khas bersiap siaga mengawal ketika anggota polis
lain melakukan pemeriksaan di sekitar Kampung Pinggir Bakau bagi mengesan
 saki baki pengganas di Semporna, semalam. - BERNAMA

SEMPORNA, AHAD, 10 Mac, 2013: Seramai 33 lagi individu termasuk empat wanita warga asing ditahan kerana disyaki dan terlibat secara langsung dan memberi perlindungan kepada kumpulan pengganas Sulu dalam Ops Daulat di Kampung Pinggir Bakau berdekatan Kampung Simunul di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan, Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, pihaknya menahan seramai 44 orang dalam operasi selama dua jam bermula pukul 6.30 pagi tersebut tetapi membebaskan 11 daripadanya selepas siasatan dijalankan.

"Kesemua 33 individu yang berusia 18 tahun ke atas itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment