My Add

Saturday 23 March 2013

5 anak Felda bakal lakar sejarah tawan Puncak Everest
 
 *MOHD Asyraf Mohd Halim, Mohd Nasuha Shamsudin, Siti Hanisah
 Sharuddin, Myrza Fasha Md Hamyrudin dan Muhammad Hafizudin
 Ibrahim bersama pendaki sokongan. - Foto Bernama

PUTRAJAYA, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Lima anak Felda dari Negeri Sembilan, Johor dan Pahang bakal melakar sejarah menawan Puncak Everest pada Mei ini.

Kumpulan anak muda itu akan diketuai gadis dari Felda Jelai, Negeri Sembilan, Siti Hanisah Sharudin, 23. Anggota lain ialah Mohd Asyraf Mohd Halim, 25 (Felda Lok Heng Timur, Johor); Muhammad Hafizudin Ibrahim, 22 (Felda Chini Timur, Pahang); dan Myrza Fasha Md Hamyrudin, 25, serta Mohd Nasuha Shamsudin, 21, kedua-duanya dari Felda Tersang 3, Raub, Pahang.

Siti Hanisah berkata mereka telah melakukan persiapan sejak enam bulan lepas dan jika segalanya berjalan lancar akan dapat menawan puncak tertinggi dunia itu antara 13 dan 25 Mei.

"Saya akan membuktikan meskipun wanita yang jadi ketua ekspedisi kejayaan boleh dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di sini hari ini.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu turut meminta rakyat Malaysia mendoakan kejayaan mereka.

Ekspedisi anjuran Kelab Ekplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda serta Felda Global Venture Holding (FGVH) itu akan disertai 12 pendaki sokongan terdiri daripada tujuh lagi anak Felda dan lima pendaki KE7B.

Kumpulan itu akan memulakan ekspedisi mereka 2 April ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment