My Add

Tuesday 5 March 2013

500 serbu pejabat Ahli Parlimen Batu bantah kenyataan Naib Presiden PKR

 *SEBAHAGIAN daripada wakil NGO berhimpun secara aman membantah
kenyataan Tian Chua bahawa peristiwa di Lahad Datu sebagai satu konspirasi
 UMNO di pejabat biro Parti Keadilan Rakyat Parlimen Batu, Jalan Sentul,
 Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Mac, 2013: Kesabaran orang ramai khususnya pengundi di Parlimen Batu terhadap kebiadapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah mencapai kemuncak apabila mereka berhimpun beramai-ramai di pejabat Ahli Parlimen itu di Jalan Sentul, di sini.

Sambil membawa kain rentang yang antara lain bertulis, 'Tian Chua biadab', 'Mohon maaf segera kepada rakyat dan kerajaan' dan 'Tian Chua berniat jahat keluar kenyataan fitnah kerajaan', mereka berteriak mengecam sikap Tian Chua.

Dalam perhimpunan selama sejam dan disertai hampir 500 orang itu, mereka turut membakar bendera PKR serta mendesak Tian Chua memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan, rakyat dan pasukan keselamatan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment