My Add

Wednesday 13 March 2013

6 pasukan perubatan bertugas di Lahad Datu - Tiong Lai

LAHAD DATU, RABU, 13 Mac, 2013: Enam pasukan perubatan dengan 44 doktor ditempatkan di empat pusat penempatan sementara bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang terjejas dalam insiden pencerobohan kumpulan militan di sini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pasukan perubatan itu beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang.

"Ini penting untuk kita memastikan penyakit awal kanak-kanak dan saya berpuas hati dengan tindakan awal yang diambil pegawai saya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat penempatan sementara Cenderawasih yang menempatkan kira-kira 507 penduduk, hari ini.

Pada masa ini terdapat kira-kira 1,400 penduduk dari kampung yang terlibat dengan Operasi Daulat di empat pusat pemindahan iaitu Dewan Serbaguna Embara Budi, Dewan Serbaguna Fajar Harapan, Dewan Serbaguna Cenderawasih dan Dewan Serbaguna Gemala Pura. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment